Cari @ Amanz

Black Shark Lucifer T14 dan Black Shark Fun Cooler 3 Pro kini ditawarkan di pasaran Malaysia. Kedua-dua aksesori ini akan melengkapi ekosistem peranti gaming Black Shark yang juga telah ditawarkan di Malaysia sejak beberapa bulan yang lalu.

Black Shark Lucifer T14 ialah TWS gaming yang dilengkapi pemandu audio sebesar 13mm. Dengan sekali caj putik audio boleh beroperasi sehingga 7 jam atau sehingga 24 dengan bantuan pod pengecas. Yang menjadi TWS ini unik ialah pod pengecas yang lutsinar memperlihatkan komponen dalaman. Sokongan pad sesentuh membolehkan ia dikawal tanpa pengguna memegang telefon pintar. Di Malaysia Black Shark Lucifer T14 dijual pada harga RM99.

Black Shark Fun Cooler 3 Pro pula ialah kipas penyejuk generasi terkini. Ia mampu memberikan penyejukan sehingga 30 darjah Celsius dengan permukaan penyejuk mencecah 0 darjah Celsius. Permukaan penyejuk juga lebih besar dengan ia mengekalkan rekaan angkup yang mencengkam tubuh peranti. Lampu RGB pada penyejuk ini juga boleh diubah menggunakan aplikasi. Di Malaysia Black Shark Fun Cooler 3 Pro dijual pada harga RM249 sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd