IQOO 9T telah dilancarkan secara rasminya sebagai sebuah lagi peranti dengan janaan cip Snapdragon 8+ Gen 1. Turut melengkapi peranti ini adalah kamera 50MP Clarity (GN5 sensor) dengan OIS terbina dan cip ISP V1+ yang membawakan kebolehan tangkapan gambar dalam pencahayaan rendah yang baik.


Seterusnya, skrin dari jenis AMOLED E5 FHD+ (2400×1080 piksel) bersaiz 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz turut disertakan. Pilihan memori pula sehingga 12GB RAM yang dipadankan dengan storan dalaman sehingga 256GB. Kapasiti bateri 4,700mAh yang disertakan menyokong pengecasan pantas berwayar 120W dan nirwayar 50W.
Sistem kamera utama terdiri dengan 50MP Clarity (sensor GN5) + 13 MP (Ultra-lebar/makro) + 12MP (portrait/telefoto). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.2, NFC, menjalankan Funtouch OS 12 berasaskan Android 12 dan sebagainya.

Untuk harga, iQOO 9T dijual pada INR49,999 (~RM2,831) (8GB/128GB) dan INR54,999 (~RM3,114) (12GB/256GB) dengan dua pilihan warna seperti Alpha serta Legend.
- Sumber
- Sumber – IQOO India