TikTok Ganti Tab “Discover” Dengan “Friends”

Diterbitkan pada Ogos 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TikTok kini memperkenalkan kemaskini pada aplikasi mereka, sekaligus menggantikan penawaran tab halaman Discover, kepada tab bernama Friends.

Tab baharu Friends ini memfokuskan kepada paparan perkongsian video daripada rakan-rakan anda yang anda ikuti di TikTok satu sama lain.

Kandungan pada bahagian Friends ini juga turut membolehkan anda melakukan Duets dan juga Stitch dengan mudah. Kemaskini baharu ini telah mula diperkenalkan kepada pengguna seluruh Malaysia secara berperingkat.

komen


© Amanz / 2022 Kami