Cari @ Amanz

Siri komputer Vero keluaran Acer menggunakan bahan-bahan kitar semula plastik PCR (post-consumer recyclable) didalam binaan mereka. Sejumlah komputer riba seperti Acer Aspire Vero diperkenalkan tidak lama dahulu sebagai cara untuk Acer menunjukkan bahawa mereka benar-benar serius mengenai isu alam sekitar.

Terkini, Acer Malaysia mengemaskini penawaran Acer Vero tempatan dengan memperkenalkan komputer riba Acer TravelMate Vero dan komputer padat Acer Veriton Mini Vero yang bukan sahaja mempunyai spesifikasi yang cukup baik untuk tujuan produktiviti harian, tetapi juga pada harga yang cukup mampu-milik.

Bermula dengan komputer riba Acer TravelMate Vero, komputer riba ini tampil dengan paparan skrin IPS bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD. Ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i5-1155G7 dengan memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD NVMe PCIe 3.0 sebesar 1TB.

Dari segi penawaran palam pula, ia dilengkapi dengan tiga palam USB 3.2 Type-C, satu palam HDMI 2.0 dan satu palam audio 3.5mm. Acer mengatakan juga bahawa komputer riba ini hadir dengan sokongan untuk WiFi 6, Bluetooth 5.2 dan mempunyai ketahanan bateri selama 7 jam dengan satu pengecasan penuh.

Sama seperti pilihan Acer Aspire Vero sebelum ini, 30 peratus daripada rangka Acer TravelMate Vero ini diperbuat daripada bahan plastik PCR berwarna hitam. manakala papan kekunci komputer riba ini juga menggunakan 50 peratus plastik PCR, dengan aksara R dan E pada papan kekunci tersebut diterbalikkan untuk menandakan penggunaan bahan kitar semula pada komputer riba ini.

Acer Veriton Vero Mini pula ialah sebuah komputer kerdil untuk mereka yang tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk sebuah komputer desktop bersaiz penuh. Komputer ini hadir dengan saiz 186.3mm x 186.3mm x 56.3mm dam hanya seberat 1.3kg.

Ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i5-12400, memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD NVMe PCIe 3.0 sebesar 256GB. 25 peratus daripada rangka komputer riba ini juga diperbuat daripada plastik PCR, dan lebih menarik lagi, komponen memori dan storan Acer Veriton Mini ini boleh dinaiktarafkan sekiranya pengguna mahukan memori dan storan yang lebih besar.

Acer Malaysia mengatakan bahawa kedua-dua model komputer riba Acer TravelMate Vero dan Acer Veriton Vero Mini ini sudah boleh dibeli di pasaran tempatan pada harga berikut:

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd