Infinix Hot 12 Pro Kini Rasmi Dengan Unisoc T616 Dan Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Ogos 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setakat hari ini, terdapat sejumlah model berbeza yang telah diperkenalkan di bawah siri Infinix Hot 12. Ia merangkumi Infinix Hot 12, Infinix Hot 12i, Infinix Hot 12 Play dan sebagainya. Siri ini bagaimanapun telah dikemas kini dengan satu lagi penawaran baharu menerusi Infinix Hot 12 Pro pula.

Ia merupakan sebuah peranti berspesifikasi asas menerusi penggunaan cip Unisoc T616. Seterusnya, skrin IPS LCD HD+ bersaiz 6.6-inci dengan kadar segar semula 90Hz turut digunakan. Di samping, padanan untuk memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Selain itu, ciri RAM maya turut disertakan dengan kebolehan dikembangkan sehingga 3GB RAM.

Kapasiti bateri 5,000mAh yang digunakan menyokong sistem pengecasan 18W. Kemudian, tetapan kamera utama pula terdiri dengan 50MP + Depth Lens dan kamera swafoto pula 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.0, menjalankan XOS 10.6 berasaskan Android 12 dan sebagainya.

Untuk harga, Infinix Hot 12 Pro dijual pada INR10,999 (~RM621) dan INR11,999 (~RM677) dengan beberapa pilihan warna seperti Electric Blue, Racing Black, Lightsaber Green serta Halo White.

komen


© Amanz / 2022 Kami