Carian
Asus Zenfone 9 Tidak Akan Memasuki Pasaran Malaysia
August 3, 2022 Aman

Asus Malaysia kini mengesahkan kepada Amanz, mengatakan tiada perancangan untuk membawa masuk telefon pintar terbaru mereka, Asus Zenfone 9 ke pasaran Malaysia.

Asus Zenfone 9 telah diperkenalkan pada minggu lepas, membawa skrin 5.9-inci pada kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori sehingga 16GB RAM, dan pengecasan 30W. Ia turut hadir dengan dwi-kamera belakang dengan sensor 50MP.

Ia tidak diketahui mengapakah Zenfone 9 tidak akan memasuki pasaran Malaysia. Mungkin kerana harganya, atau juga persaingan yang sengit di pasaran tempatan dengan pelbagai jenama telefon pintar berbeza.

Dengan langkah ini, Asus dilihat akan memfokuskan kepada penawaran telefon pintar gaming mereka, iaitu ROG Phone.

Komen