Acer Swift 5 ialah komputer riba kelas premium Acer yang menggabungkan rekaan nipis dan ringan dan juga spesifikasi berkuasa bagi mereka yang mahukan prestasi perkomputeran terbaik untuk tujuan produktiviti dan riadah tidak kira dimana mereka berada.

Terkini, Acer Swift 5 telah dikemaskini dengan rekaan baru, menggunakan logam aluminum gred kapal angkasa yang bukan sahaja teguh, tetapi juga ringan. Sama seperti model-model sebelum ini, Acer Swift 5 terbaru ini hadir dengan paparan IPS bersaiz 14 inci dengan pilihan resolusi WQXGA (2560×1600) ataupun WUXGA (1920×1200) dengan nisbah paparan 16:10.

Komputer riba ini hadir dengan pilihan cip pemprosesan Intel Core i7-1260P dan Intel Core i5-1240P dengan pilihan memori LPDDR4X 8GB dan 16GB dengan pilihan storan SSD NVMe PCIe 3.0 sebesar 512GB dan 1TB.
Dari segi pilihan palam pula, Acer Swift 5 ini hadir dengan dua palam Thunderbolt 4 yang juga digunakan untuk mengecas komputer riba ini, dua palam USB 3.2 Gen 1 Type-A, satu palam audio 3.5mm dan satu palam HDMI 2.1 untuk menyambungkan komputer riba ini ke paparan skrin luaran dengan sokongan untuk resolusi setinggi 4K.

Dengan ketebalan 14.5mm sahaja, komputer riba ini juga hadir dengan berat seringan 1.2kg yang memudahkannya untuk dibawa dan digunakan dimana-mana, tidak kira di pejabat, rumah ataupun kedai kopi.

Sistem penyejukan Twin-Air Dual Fan komputer riba ini juga telah dikemaskini untuk memastikan bahawa komputer riba ini beroperasi pada kadar optimum sepanjang masa. Acer juga menjanjikan bahawa komputer riba Swift 5 mereka mempunyai ketahanan bateri selama 10 jam dengan pengecasan penuh dan boleh digunakan selama 4 jam selepas pengecasan selama 30 minit sahaja.
Acer Malaysia mengatakan bahawa Acer Swift 5 ini sudah mula ditawarkan di pasaran tempatan pada dalam warna Mist Green pada harga-harga berikut: