Cari @ Amanz

DEGO Ride, salah satu penyedia perkhidmatan teksi-motorsikal di Lembah Klang, kini memohon kerajaan supaya membenarkan ia beroperasi secara sah, sekaligus membolehkan perkhidmatan tersebut dipasarkan meluas.

Buat masa ini, DEGO Ride masih beroperasi di Lembah Klang, tetapi secara terhad. Hal ini kerana ramai yang tidak ingin menyertai DEGO Ride sebagai rider, kerana takut perkhidmatan tersebut akan diharamkan.

Sebelum ini, perkhidmatan tersebut pernah diharamkan. Namun, kerajaan telah melakukan ujian rintis selama 6 bulan – tetapi DEGO Ride dilihat masih meneruskan operasi sehingga hari ini.

Bercakap lanjut juga, DEGO Ride mengatakan dengan penawaran teksi-motorsikal, ia mampu mengurangkan kadar kesesakkan jalan di Kuala Lumpur.

Kerajaan sebelum ini mengatakan tiada perancangan untuk benarkan teksi-motosikal di Malaysia, kerana beberapa aspek, termasuk melibatkan keselamatan dan kebajikan penumpang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd