Cari @ Amanz

Siri Oppo Reno8 telah dilancarkan secara rasmi dan penawarannya adalah berbeza mengikut pasaran masing-masing. Ia juga merupakan peranti kedua Oppo yang dibekalkan cip MariSilicon X seumpama yang terdapat pada Find X5 Pro sebelum ini.

Oppo Reno8 Pro

Bercakap dengan lebih lanjut, kini sebuah lagi peranti baharu di bawah siri yang sama iaitu Oppo Reno8 Z 5G pula dijangka bakal tiba dalam masa terdekat. Bagaimanapun, hal ini sudah menjadi satu kebiasaan buat Oppo untuk berbuat demikian seperti kemunculan Reno6 Z 5G dan Reno7 Z 5G sebelum ini.

Kewujudan peranti ini bukanlah sesuatu hal yang baru dan asing, sebaliknya ia sudah diperakui oleh FCC dan muncuk di Geekbench. Bukan itu sahaja, reka bentuk peranti ini turut telah tertiris menerusi imej tular yang dikongsi oleh Evan Blass.

Oppo Reno8 Z 5G

Ia menunjukkan peranti mempunyai reka bentuk yang sama seumpama sebuah Reno7 Z 5G dengan tubuh berkotak bersama padanan sistem tri-kamera utama di belakang. Selain daripada itu, peranti juga dikhabarkan kelak dibekalkan cip Snapdragon 695, memori 8GB RAM dan menjalankan Android 12.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd