Pearson mengeluarkan buku teks untuk sekolah rendah, menengah dan universiti. Mereka baru sahaja mengumumkan akan mula menawarkan buku teks versi digital mereka dalam bentuk NFT. Dengan ini setiap kali ia bertukar tangan mereka akan mendapat keuntungan dengan setiap jualan semula. Sebuah taktik yang dilihat amat keji oleh golongan pelajar dan tenaga pengajar semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Secara lazimnya, Pearson berkata buku teks mereka akan dijual semula sebanyak tujuh kali dengan mereka hanya mengaut keuntungan menerusi jualan pertama sahaja. Dengan NFT buku teks, sebahagian peratusan jualan semula akan dapat diambil oleh Pearson.
Sebelum ini mereka melancarkan perkhidmatan Pearson+ yang menawarkan buku teks dalam bentuk langganan dengan bayaran $14.99 sebulan. Selain penawaran ebuku teks NFT, syarikat juga ingin mengembangkan penawaran produk ke metamesta.