Oppo A77 4G Dilancarkan Secara Rasmi Dengan MediaTek Helio G35

Diterbitkan pada Ogos 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo A77 5G telah dilancarkan sebagai salah satu peranti dengan janaan cip MediaTek Dimensity 810. Di samping itu, beberapa ciri dan fungsi lain yang turut disertakan pada peranti tersebut termasuklah skrin dengan kadar segar semula 90Hz, kamera 48-Megapixel dan sebagainya.

Terkini giliran Oppo A77 4G pula dilancarkan di India dengan rekaan yang sama tetapi perkakasan dalaman berbeza. Di mana cip MediaTek Helio G35 digunakan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Turut melengkapi peranti ini, skrin jenis IPS LCD sebesar 6.56-inci beresolusi HD+ dan kadar segar semula 60Hz.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 50MP + 2MP, kemudian kamera swafoto pula 16MP. Tidak ketinggalan, bateri 5,000mAh dengan sistem pengecasan 33W turut disertakan pada peranti ini. Di India, Oppo A77 4G berharga INR15,499 (~RM873) untuk sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami