Pada zaman dahulu tidak ada platform penstriman muzik. Satu-satunya cara untuk menikmati muzik digital pada zaman ini ialah dengan menghasilkannya sendiri daripada cakera padat peribadi dan memuat turun dari laman-laman haram. Untuk memainkannya pula, Winamp ialah program pilihan kerana ia menyokong pelbagai rekaan menarik pilihan pengguna.

Selepas empat tahun tidak dikemaskini, Winamp 5.9 RC1 Build 9999 kini boleh dimuat turun oleh pengguna yang berminat. Ia kini boleh digunakan pada komputer Windows 11 dengan sistem operasi minimum yang disokong pula ialah Windows 7 SP1. Tiada sokongan untuk macOS pada waktu ini. Walaupun sistem telah diolah semula, sokongan untuk skin klasik masih lagi diberikan.
Bagi peminat Winamp yang masih mempunyai koleksi MP3 yang ingin dimainkan dengan pemain MP3 paling klasik, Winamp 5.9 RC1 Build 9999 boleh dimuat turun menerusi pautan di bawah.
- Sumber
- Sumber – Winamp Forum