McLaren Kini Menyertai Arena Fesyen Melalui Pengenalan Kasut Berharga RM2,000

Diterbitkan pada Ogos 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

McLaren merupakan salah satu jenama automotif yang sedia dikenali ramai. Terbaru, McLaren turut menyertai arena fesyen dengan memperkenalkan kasut mewah pertama mereka.

Kasut pertama mereka yang dikeluarkan secara terhad ini, dinamakan sebagai HySpeed. Ia menyertakan elemen rekaan kereta McLaren, dan turut mengintegrasikan papan karbon fiber pada rekaannya.

Kasut McLaren ini akan dijual pada harga $450, iaitu sekitar RM2000.

Langkah McLaren menyertai arena fesyen ini adalah dalam usaha mempelbagaikan pendapatan mereka, disamping membolehkan jenama mereka turut diperluaskan dan bukan sekadar pada kereta sahaja.

Sumber : Bloomberg

komen


© Amanz / 2022 Kami