Cari @ Amanz

Twitter kini memperkenalkan kemaskini pada aplikasi Android, iOS dan juga web, membolehkan para pengguna berkongsi klip audio sehingga 30 saat, dari sesuatu sesi Twitter Space.

Dengan langkah ini, ia membolehkan pengguna yang sedang mengikuti sesuatu sesi Twitter Space, untuk terus berkongsi klip yang mereka rasa menarik kepada pengikut mereka.

Untuk makluman, sesiapa sahaja yang menyertai sesi Twitter Space boleh berkongsi klip audio sehingga 30 saat. Twitter akan membuang setiap klip ini selepas tempoh 30 hari.

Bagi anda yang sering mengikuti sesi Twitter Space, boleh menyemak ciri ini pada akaun masing-masing.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd