Dalam usaha menarik lebih ramai pengguna beralih ke TIME, kini mereka hadir dengan promosi menawarkan pakej 500Mbps pada harga langganan RM99 sebulan untuk tempoh 6 bulan pertama.
Pakej ini ditawarkan untuk pelanggan yang melanggan kontrak 24 bulan bersama TIME. Disamping harga promosi selama 6 bulan pertama, TIME turut menawarkan kredit Touch ’n Go eWallet sebanyak RM100 apabila melanggan secara atas-talian.
Sebaik sahaja tempoh 6 bulan tamat, harga pelan akan kembali kepada RM139 sebulan.
Selain pakej 500Mbps, untuk pakej 1Gbps pula, TIME tawar promosi RM149 sebulan untuk 6 bulan pertama, dan kembali kepada RM199 selepas itu.
Bagi anda yang sedang pertimbang untuk beralih ke TIME, kini mungkin salah satu waktu menarik untuk mencuba penawaran pelan mereka.