OnePlus 10T Akan Dijual Di Malaysia Pada 1 September Akan Datang

Diterbitkan pada Ogos 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus hari ini telah melancarkan peranti mercu kedua mereka untuk tahun 2022, selepas OnePlus 10 Pro. Peranti ini adalah OnePlus 10T, sebuah peranti yang dijana cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1.

Ia juga adalah kali pertama OnePlus kembali menggunakan nama “T” selepas setahun lebib tidak menggunakannya. OnePlus 10T adalah peranti yang memfokuskan prestasi berbanding fotografi, oleh itu tiada kamera Hasselblad disertakan.

OnePlus 10T turut hadir dengan sistem pengecasan pantas baharu, iaitu 150W SuperVOOC dan peranti turut dilengkapi dengan sistem penyejukan terbesar yang pernah digunakan oleh OnePlus.

Mengejutkan OnePlus Malaysia terus mengumumkan yang mereka akan membawa masuk peranti ini ke pasaran Malaysia. Harga jualan akan diumumkan pada 18 Ogos akan datang, sementara jualan akan bermula pada 1 September nanti.

komen


© Amanz / 2022 Kami