Apple Dilaporkan Akan Tangguh Pengenalan iPadOS 16 Ke Bulan Oktober

Diterbitkan pada Ogos 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kebiasaanya, sebelum ini, Apple memperkenalkan kemaskini sistem operasi iOS untuk iPhone dan juga iPadOS untuk iPad serentak pada waktu yang sama. Namun, untuk tahun ini, ia dikatakan mungkin akan berlaku pada waktu berbeza.

Menurut laporan Bloomberg, Apple dijangka memperkenalkan kemaskini iOS 16 untuk iPhone pada bulan September kelak. Tetapi, untuk iPad, ia ditangguhkan sebulan, dan iPad OS 16 dijangka ditawarkan sekitar Oktober.

Dengan perubahan ini, iPad OS 16 dijangka akan ditawarkan bersama-sama sewaktu pengenalan versi baharu macOS.

Penangguhan ini dikatakan disebabkan oleh ciri Stage Manager pada iPad yang menawarkan ciri multi-tugasan serba baharu. Ia dikatakan terdapat beberapa pepijat pada ciri tersebut, membuatkan berlaku penangguhan kepada pengenalan iPad OS 16.

Perubahan ini juga dijangka akan mengubah kaedah pengenalan sistem operasi serentak yang dilakukan oleh Apple selama ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami