Permua World of Warcraft Dilaporkan Telah Dibatalkan Oleh Activision Blizzard

Diterbitkan pada Ogos 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak mengambil alih Activision Blizzard, pihak Tencent secara aktif menghasilkan versi permua untuk kesemua permainan video yang dimiliki oleh mereka seperti Diablo dan Call of Duty. Terkini dalam laporan Bloomberg, Activision Blizzard telah membatalkan pembangunan permua World of Warcraft (WoW).

Permua (WoW) dibangunkan oleh Blizzard dan Netease tetapi pembahagian keuntungan tidak dapat dipersetujui menyebabkan permainan yang pastinya dinantikan peminat ini telah dibatalkan. Kesemua 100 kakitangan telah dilepaskan oleh Netease selepas projek dibatalkan. Keputusan ini adalah mengejutkan kerana ia telah dibangunkan sejak tiga tahun yang lalu.

Diablo Immortal yang baru sahaja dilancarkan untuk peranti mudah alih mencatatkan jualan mencecah $100 juta dalam masa hanya 10 minggu. Jelas terdapat permintaan yang tinggi untuk IP milik Activision Blizzard tetapi kini soal kewangan menjadi batu penghalang kerana keuntungan tinggi yang bakal dijana.

komen


© Amanz / 2022 Kami