Cari @ Amanz

Facebook Live Shopping diperkenalkan bagi membolehkan penjualan produk secara langsung di platform Facebook. Tetapi bermula 1 Oktober 2022, ciri Live Shopping akan dihentikan oleh pihak Meta dengan pengguna disarankan untuk berpindah ke Reels.

Ciri meletakkan tag pada produk yang dijual dan pembelian ketika menstrim pada Live Shopping kesemuanya telahpun disokong pada Reels yang boleh digunakan pada Facebook serta Instagram sekarang. Meta mematikan pelbagai ciri yang didapati kurang mendapatkan sambutan.

Dengan TikTok kini menjadi pencabar paling ketara, Meta menggandakan usaha untuk memberikan pengalaman yang sama pada platform-platform media sosial milik mereka. Tidak semua perubahan yang diperkenalkan diterima baik pengguna. Kerana komen negatif minggu lalu, Instagram menangguhkan pengenalan susur masa skrin penuh dan paparan video rawak menggunakan algoritma mirip TikTok di Instagram.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd