TM : Masalah Capaian Internet Unifi Lemah Mungkin Disebabkan Corak Pemasangan Dalam Rumah

Diterbitkan pada Ogos 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telekom Malaysia kini mengatakan masalah capaian internet lemah yang sering dialami pengguna Unifi di dalam rumah, berkemungkinan besar tiadaa kaitan dengan kualiti rangkaian WiFi tersebut, tetapi sebaliknya disebabkan pemasangan atau set-up perkhidmatan Unifi dalam rumah.

Ini kerana, pemasangan mungkin berada di lokasi yang terdapat zon mati WiFi disebabkan susun atur rumah, atau bilangan peranti yang dihubungkan.

TM turut mengatakan dalam meningkatkan pengalaman WiFi di rumah, pelanggan perlu meletakkan penghala (router) di bahagian mana yang sering digunakan – sebagai contoh di ruang tamu atau bilik kerja.

Disamping itu, pengguna turut dinasihatkan untuk tidak meletakkan penghala dalam ruangan tertutup atau berhampiran permukaan reflektif atau logam. Penghala juga kalau boleh tidak diletakkan berhampiran peranti yang menghasilkan gangguan elektromagnetik seperti telefon tanpa wayar, ketuhar, da sebagainya.

Menindih peralatan jalur lebar juga boleh menyebabkan penghala menjadi panas, dan kurang efisien.

Selain langkah tersebut, pengguna turut boleh mendapatkan mesh WiFi sekiranya ruangan rumah besar atau dalam rumah dua tingkat.

Sumber : Bernama

komen


© Amanz / 2022 Kami