Leica mengembangkan kerjasama mereka ke dalam industri televisyen pula selepas meterai perjanjian dengan Hisense. Menerusi kerjasama ini, Leica akan menghasilkan lensa untuk TV projektor laser keluaran Hisense. Kepakaran audio visual Hisense akan digabungkan dengan kepakaran lensa Leica untuk menghasilkan projektor lontaran pendek berkualiti tinggi.

Kerjasama pertama akan dapat dilihat pada Leica CineĀ 1 sebuah TV projektor lontaran pendek yang akan dilancarkan ketika acara IFA yang berlangsung pada September ini. Bercakap mengenai Leica, siri Xiaomi 12S yang dilengkapi lensa Leica telah disahkan tidak akan dipasarkan di Malaysia.
- Sumber
- Sumber – Leica