Cari @ Amanz

AWS pada tahun ini dilihat lebih aktif dalam pasaran tempatan dengan memperbanyakkan kerjasama dengan jenama tempatan. 

Selepas dilaporkan komited dalam melabur di Malaysia, termasuklah menyasarkan peningkatan bakat dan tenaga kerja tempatan, terbaharu AWS mengumumkan pemilihan mereka sebagai penyedia perkhidmatan awan untuk Bank Islam dalam menjayakan aplikasi Bank Digital mereka – Be U.

Menerusi persefahaman ini, AWS menyediakan kesemua teknologi mereka, malah penyelesaian perbankan ini menepati kepatuhan syariah yang disyaratkan. Menggunakan perkhidmatan AWS, seperti Amazon Elastic Kubernetes Services, Bank Islam dapat membangunkan produk perbankan digital dengan lebih pantas bersesuaian dengan kehendak pengguna.

Dalam mengembangkan perbankan digital, perlunya lebih banyak tenaga kerja yang arif berkenaan teknologi digital justeru seramai lebih dari 4,000 pekerja Bank Islam akan menerima latihan berkaitan AWS, bagi melengkapkan keseluruhan transformasi digital Bank Islam.

Selain dari Bank Islam, antara jenama dan syarikat besar tempatan yang turut menggunakan AWS termasuklah Astro, Maxis, Petronas, Storehub dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi. 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd