Cari @ Amanz

Meta Malaysia meneruskan pelaksanaan kempen #TakNakScam pada tahun ini susulan impak positif yang diterima melalui kempen itu pada tahun 2021. Beberapa agensi kerajaan, industri dan persatuan pengguna menyambut baik kempen ini. Malahan, berharap mampu membantu orang awam untuk lebih berhati-hati bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan ancaman jenayah siber.

Kempen pada tahun ini memfokuskan terhadap 5 kaedah penipuan dalam talian yang merangkumi penipuan e-dagang, pinjamam wang haram, penipuan pekerjaan, penipuan pelaburan dan keldai wang. Dalam masa sama, ia turut akan terus menggesa orang awam agar berwaspada menerusi tiga langkah mudah iaitu kenal pasti, semak dan lapor.

Melaluinya kempen ini juga, terdapat tiga inisiatif baharu yang telah diperkenalkan secara berperingkat termasuklah :

  • Modul pencegahan penipuan ‘We Think Digital’ yang merupakan program andalan celik digital Meta bertujuan untuk meningkatkan pendidikan awam berkaitan aktiviti penipuan. Tersedia dalam bahasa melayu dan inggeris, ia menyediakan petua dan kaedah berguna yang akan memudahkan oranv aaam mendapatkan info berkaitan.
  • Pendidikan orang awam secara imersif menerusi pelbagai format kandungan dalam usaha menarik penyertaan lebih ramai orang awam. Misalnya seperti Instagram AR Filters untuk pengalaman pembelajaran lebih imersif.
  • Mengimbangi pendidikan antara pengguna dan penjual, di mana Meta menambah fokus ke arah mendidik penjual cara melindungi pelanggam dan pengalaman di platform masing-masing.

Sepanjang kempen berlangsung, pelbagai bahan berbentuk pendidikan dan kaedah berkaitan akan dikongsikan menerusi kesemua saluran rakan kongsi utama kempen ini. Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh layari laman rasmi Facebook Meta Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd