Cari @ Amanz

Penggunaan periuk api dalam peperangan laut telah digunakan sejak Dinasti Ming pada kurun ke-14. Ia masih lagi digunakan sehingga sekarang dan dapat dilihat di konflik Ukraine-Rusia. Untuk membersihkan laluan perkapalan, kapal penyapu periuk api digunakan oleh tentera laut. Amerika Syarikat yang sedang mempertingkat penggunaan dron ketenteraan kini bersedia menggunakan dron sebagai penyapu periuk api.

Unmanned Influence Sweep System (UISS) ialah sebuah dron yang telah diberikan sijil memulakan operasi awal untuk digunakan oleh Tentera Laut A.S. Ia boleh bergerak sejauh 140 kilometer dengan kekal beroperasi sehingga 20 jam. Pelbagai sensor dan sonar membolehkan ia mengesan pelbagai jenis periuk api yang wujud. UISS boleh beroperasi secara separa-swalayar dengan ia turut menggunakan enjin diesel.

UISS direka untuk dilancarkan dari kapal litoral dan pelbagai lagi jenis kapal induk dengan ia hanya diturunkan apabila memasuki perairan yang dirasakan mengandungi periuk api. Pengguna UISS diharap akan mengurangkan risiko ke atas pelayar dengan ia boleh menggantikan kapal penyapu periuk api yang digunakan sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd