Permohonan PerantiSiswa Fasa 2 Kini Dibuka – Turut Boleh Dipohon Pelajar Tingkatan 6

Diterbitkan pada Ogos 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Inisiatif PerantiSiswa merupakan salah satu inisiatif yang disediakan dalam membantu proses pembelajaran mahasiswa IPT yang dari keluarga B40, melalui pemberian sebuah tablet.

Hari ini, kerajaan telah mengumumkan para pemohon akan menerima sebuah tablet Samsung Galaxy Tab A8 LTE dibawah program ini. Edaran untuk tablet ini akan dimulakan dengan UiTM Shah Alam pada penghujung Ogos 2022 ini.

Selari dengannya juga, kini kerajaan telah membuka permohonan fasa kedua untuk PerantiSiswa pada bulan Ogos 2022 ini. Bagi para pelajar yang tidak sempat memohon sebelum ini, boleh ke laman PerantiSiswa, dan melakukan permohonan.

Untuk fasa kedua ini juga, permohonan turut dibuka untuk pelajar program asasi IPTA, program matrikulasi, pelajar tingkatan 6, dan juga pelajar diploma vokasional. Sebanyak 400,000 buah tablet dijangka akan diedarkan dibawah program ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami