Spesifikasi Penuh Vivo Y35 4G Diperlihatkan Melalui Laman Rasmi Vivo Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang diketahui, Vivo Y35 bakal dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada 11 Ogos 2022. Susulan daripada itu, Vivo Malaysia kini dilihat telah mengemaskini halaman rasmi dengan berkongsi spesifikasi utama pada peranti tersebut. Bukan itu sahaja, reka bentuk peranti turut telah diperlihatkan sepenuhnya dengan kemasan yang sama seumpama imej tular sebelum ini.

Vivo Y35 4G akan dibekalkan dengan skrin dari jenis LCD beresolusi FHD+ (2408 × 1080 piksel) sebesar 6.56-inci. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 44W FlashCharge. Turut melengkapi peranti ini adalah ciri RAM maya yang boleh dikembangkan sehingga 8GB RAM.

Seterusnya sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 50MP + 2MP + 2MP, sementara itu kamera swafoto pula sebesar 16MP. Lain-lain spefikasi termasuklah menjalankan Funtouch OS 12 berasaskan Android 12, sambungan port USB-C, bluetooth 5.0 dan sebagainya.

Terdapat dua pilihan warna yang disediakan seperti Agate Black dan Dawn Gold. Namun begitu, ia sekadar disenaraikan sahaja dan tiada sebarang maklumat berkaitan harga yang ditemui buat masa ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami