Carian
Oppo Memfailkan Tanda Dagang Find N Fold Dan Find N Flip
August 4, 2022 Effi Saharudin

Oppo Find N ialah peranti skrin boleh-lipat pertama Oppo yang hanya dipasarkan di China. Tetapi ia bukan peranti skrin boleh-lipat terakhir dari mereka kerana Oppo telah mendaftarkan tanda dagang untuk Oppo Find N Fold dan Oppo Find N Flip menerusi laman EUIPO.

Berdasarkan nama bukan misteri rekaan apakah yang akan digunakan oleh Oppo pada dua peranti ini. Find N Fold akan mengekalkan rekaan Find N manakala Find N Flip pastinya mirip dengan Galaxy Z Flip. Dengan wujudnya pesaing, Samsung perlu melakukan inovasi bagi mengekalkan status mereka sebagai pengeluar peranti skrin boleh-lipat nombor satu dunia.

Komen