Sepanyol Mengharamkan Pendingin Hawa Ditetapkan Pada Suhu Bawah 27 Darjah Celsius

Diterbitkan pada Ogos 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sánchez menggalakkan golongan pekerja untuk tidak memakai tali leher ke pejabat sebagai langkah mengurangkan penggunaan tenaga akibat suhu yang tinggi. Selasa lalu kerajaan Sepanyol mengeluarkan arahan mengharamkan pula bangunan-bangunan awam daripada menetapkan suhu sistem pendingin hawa ke suhu bawah 27 darjah Celsius.

Nokia Aircond

Arahan diberikan bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dengan negara mengalami kekurangan bahan api fosil selepas konflik Ukraine-Rusia bermula Februari lalu. Bangunan dengan pendingin hawa juga perlu ditutup pintu bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Selain itu pada musim sejuk pula, suhu pemanas tidak boleh ditetapkan melebihi 19 darjah Celsius atas sebab yang sama.

Pendingin hawa di rumah tidak terkesan dengan arahan yang diberikan pada waktu ini. Sejak bermula musim panas, Sepanyol mencatatkan rekod kematian akibat strok haba yang tinggi. Gelombang panas yang melanda Eropah menjadi serius kerana kebanyakan rumah tidak dilengkapi kipas dan pendingin hawa.

komen


© Amanz / 2022 Kami