TikTok Bereksperimen Dengan Ciri “Repost” – Kongsi Semula Sesuatu Video, Seumpama Retweet Pada Twitter

Diterbitkan pada Ogos 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TikTok kini dilihat sedang menguji sebuah ciri baharu pada platform mereka, dinamakan “Repost”. Melaluinya, ia berfungsi seumpama butang “Retweet” pada Twitter, dimana sesuatu video di TikTok dikongsikan kepada para pengikut dan rakan-rakan kita di TikTok.

Dengan langkah ini, sesuatu video yang menarik ditemui anda, akan dikongsikan kepada pengikut lain tanpa anda perlu memuat-naik semula. Video tersebut juga tidak dipaparkan pada akaun TikTok anda, sebaliknya hanya dipaparkan pada garis masa mengatakan anda “Repost”.

Ini adalah salah satu ciri menarik yang memudahkan perkongsian semula sesuatu video bersama rakan lain, tanpa perlu memuat-turun dan sebagainya.

Buat masa ini, ciri ini masih terhad dan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna TikTok.

komen


© Amanz / 2022 Kami