Instagram Memperluaskan Ciri NFT Ke Lebih 100 Buah Negara

Diterbitkan pada Ogos 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Meta hari ini menyatakan mereka telah mula memperluaskan penawaran ciri NFT pada Instagram ke lebih 100 buah negara seluruh dunia. 

Dengan langkah ini, para pengguna boleh terbitkan koleksi digital mereka di Instagram – sekaligus membolehkan para pengguna memperlihatkan karya dan koleksi NFT mereka melalui Instagram.

Untuk tujuan ini, Instagram kini menawarkan sokongan untuk rantaian blok Ethereum, Polygon dan juga Flow. Sementara dompet NFT yang disokong adalah termasuk Rainbow, MetaMask, Trust Wallet, Coinbase Wallet dan juga Dapper Wallet.

Meta menyatakan tiada sebarang yuran transaksi terlibat apabila berkongsi koleksi digital pengguna di Instagram.

Buat masa ini, kami masih belum melihat ciri ini diaktifkan di akaun Instagram kami. Mungkin kita akan melihatnya dalam beberapa hari atau minggu lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami