RUU Lulus : Barangan Import Bernilai Rendah Bakal Dikenakan Cukai Jualan 10%

Diterbitkan pada Ogos 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dewan Rakyat kini telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) baharu, yang membawa kepada pelaksanaan cukai jualan 10% kepada barangan import bernilai rendah yang dijual secara atas-talian.

Dengan langkah ini, ia sekaligus turut melindungi pengeluar tempatan – serta menjadikan jualan barangan dalam negara dan luar negara tertakluk kepada cukai jualan.

Mengikut Belanjawan 2022 sebelum ini, cukai jualan ini tertakluk kepada barangan berharga bawah RM500, serta diimport mengikut pengangkutan udara. Ia dijangka dilaksanakan pada 2023 kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami