Apple Studio Display Dikemaskini Untuk Menyelesaikan Isu Speaker Tidak Berfungsi

Diterbitkan pada Ogos 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Awal minggu ini kami melaporkan ratusan pengguna Apple Studio Display mengalami isu speaker monitor berhenti berfungsi secara rawak. Ia hanya boleh diselesaikan dengan mematikan dan kemudian menghidupkan semula monitor ini tetapi isu akan kemudian kembali berlaku. Apple menyedari masalah ini dan telah mengeluarkan kemas kini Studio Display Firmware Update 15.5 pagi ini.

Berdasarkan laporan awal, isu speaker berhenti berfungsi berjaya diselesaikan selepas kemas kini dilakukan oleh pemilik Apple Studio Display. Sebelum ini monitor ini juga mengalami masalah kamera web yang memberikan kualiti visual yang kurang memuaskan. Hanya selepas kemas kini isu berjaya diselesaikan. Tidak seperti monitor biasa, Apple Studio Display menggunakan sistem operasi berasaskan iOS dan menggunakan cip Apple A13.

komen


© Amanz / 2022 Kami