Oppo Reno8 Z 5G Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Snapdragon 695

Diterbitkan pada Ogos 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo Reno8 Z akhirnya dilancarkan secara rasminya di Thailand. Pengenalannya di sini menjadi model kemas kini buat Oppo Reno7 Z 5G tetapi masih berkobgsi spesifikasi dalaman yang sama secara keseluruhannya. Di samping itu, ia dilihat turut mempunyai reka bentuk yang sangat serupa dengan model sebelum ini walaupun terdapat sedikit perubahan pada kemasan modul kamera.

Oppo Reno8 Z 5G dibekalkan skrin dari jenis AMOLED beresolusi FHD+ sebesar 6.43-inci. Cip Snapdragon 695 turut digunakan dengan padanan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Kapasiti bateri pula sebesar 4,500mAh yang menyokong sistem pengecasan 33W. Kamera utama terdiri dengan tetapan 64MP (utama) + 2MP (mono) + 2MP (makro), seterusnya kamera swafoto pula 16MP.

Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.1, sambungan port USB-C, bicu audio 3.5mm dan sebagainya. Untuk harga jualan, Oppo Reno8 Z dijual pada TBH12,990 (~RM1,625) dengan dua pilihan warna seperti Dawnlight Gold dan Starlight Black.

komen


© Amanz / 2022 Kami