Cari @ Amanz

Kurang seminggu sebelum acara Galaxy Unpacked berlangsung dan rekaan kesemua produk yang akan dilancarkan telahpun tertiris. Sebelum ini rekaan Galaxy Z Flip4, Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Watch5 dan Galaxy Watch5 Pro telah tertiris. Kini giliran imej pengolokan rasmi Samsung Galaxy Buds2 Pro pula tertiris menerusi laman Winfuture.

Ia mengesahkan lukisan CAD yang tertiris sebelum ini. Buds2 Pro ialah fon telinga TWS yang mempunyai sistem pembatalan hingar aktif yang dipertingkat dengan kemampuan audio yang lebih baik berbanding Buds2. Menurut Winfuture, Galaxy Buds2 Pro akan ditawarkan dalam warna Zenith Grey, Bora Purple dan Zenith White dengan harga jualan €229 (~RM1044).

[sumbr] Sumber – Winfuture [/sumber]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd