Maxis Turut Memperlihatkan Kedatangan Apple Pay Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Desas-desus berkenaan pengenalan Apple Pay di Malaysia semakin hangat. Selain penambahan sokongan pembayaran Apple Pay pada laman edagang popular, Shopee, kini penyedia telekomunikasi Maxis turut memperlihatkan penambahan sokongan untuk Apple Pay di Malaysia.

Melalui gambar tanda yang dikongsikan Fitri di Pusat Maxis Sri Muda Shah Alam, ia memperlihatkan Maxis akan mula menerima sokongan pembayaran menggunakan Apple Pay pada kedai-kedai mereka.

Buat masa ini, tarikh pengenalan rasmi masih tidak dikongsikan oleh Apple, mahupun para peruncit dan peniaga yang menyertai program berkenaan. Tetapi, dengan pelbagai petanda yang hadir ini, kita mungkin melihatnya seawal seminggu dua lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami