Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Honor X8 5G akan mula tersedia untuk pasaran tempatan bermula 5 Ogos 2022. Bagi yang berminat, harga jualan peranti kini telah dikongsi iaitu RM999 sebuah dengan waranti tambahan selama setahun bernilai sehingga RM119 yang diberikan secara percuma. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan seperti Ocean Blue dan Midnight Black.

Honor X8 5G lengkap dengan skrin sebesar 6.5-inci TFT LCD dengan resolusi mencapai HD+. Seterusnya, ia turut dipadankan Snapdragon 480+ dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula adalah sebesar 5,000mAh dengan pengecasan Honor 22.5W SuperCharge. Tri-kamera utama digunakan iaitu 48MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto pula 8MP.