Samsung Mungkin Tidak Menggunakan Huruf Z Pada Nama Peranti Skrin Boleh-Lipat

Diterbitkan pada Ogos 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung akan melancarkan dua peranti skrin boleh lipat baharu mereka minggu hadapan. Dalam laporan kami di laman ini, dua peranti yang bakal dilancarkan ini mungkin adalah Samsung Galaxy Z Fold4 dan Samsung Galaxy Z Flip4 berdasarkan penamaan peranti terdahulu.

Tetapi kini kedengaran ura-ura peranti akan menggunakan nama Samsung Galaxy Flip4 dan Samsung Galaxy Fold4 dengan huruf “Z” tidak lagi disertakan. Tiada sebab diberikan mengapa huruf ini tidak lagi disertakan tetapi besar kemungkinan kerana huruf ini dijadikan simbol oleh tentera Rusia untuk menyerang Ukraine.

Beberapa bulan yang lalu huruf Z telah dibuang dari pengiklanan peranti Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 di beberapa pasaran Baltik atas sebab yang sama. Maka jika ura-ura ini menjadi kenyataan ia tidaklah mengejutkan sama sekali.

komen


© Amanz / 2022 Kami