Cari @ Amanz

Imej CAD iPad Generasi 10 Memperlihatkan Rekaan Sisi Rata Seperti iPad Air

Link Copied!

iPad model asas adalah satu-satunya tablet Apple yang masih lagi menggunakan sambungan Lightning. iPad Pro, iPad Air dan iPad Mini sudah pun menggunakan sambungan USB-C. Bukan itu sahaja, iPad juga adalah tablet Apple yang masih menggunakan rekaan lama.

Beberapa bulan lalu, iPad generasi ke-10 dilaporkan akan hadir dengan cip A14 Bionic, skrin Retina dan juga akan akhirnya menggunakan USB-C. Tetapi rekaan masih lagi tidak pasti yang lama atau baru. Terkini, MySmartPrice telah mendedahkan imej CAD iPad generasi ke-10 yang menggunakan rekaan baharu.

iPad 10 ini dilihat menggunakan rekaan sisi rata serta bahagian atas dan bawah yang rata seperti iPad-iPad lain. Tetapi berdasarkan imej CAD ini, iPad 10 akan kekal dengan skrin bezal tebal berbeza dengan iPad lain yang mempunyai bezel nipis yang sekata.

iPad ini juga dilihat akan masih menggunakan pengimbas cap jari Touch ID pada dagu peranti dan tidak menyertakannya pada butang kuasa.

Untuk pengecasan, masih tidak jelas jika iPad ini akan beralih ke USB-C atau Lightning. Tablet ini dijangka akan dilancarkan pada sekitar hujung tahun ini, sama-sama kita nantikan.


Komen ()