Cari @ Amanz

Qualcomm Kini Menjadi Penaja Manchester United

Link Copied!

Pasukan bola sepak paling kaya di dunia sekarang ialah Newcastle United selepas ia dibeli oleh Arab Saudi. Tetapi dari segi populariti, Manchester United masih lagi di hadapan walaupun sudah sembilan tahun tidak memenangi Liga Perdana Inggeris. Oleh sebab itulah Qualcomm kini secara rasmi menjadi penaja kepada Manchester United.

Antara langkah awal yang akan dilakukan Qualcomm ialah mempertingkat kemampuan rangkaian selular di Old Trafford supaya penonton yang datang dapat menikmati kelajuan Internet yang lancar. Penajaan selama multi tahun ini juga akan membolehkan Qualcomm mengadakan acara dengan peminat menggunakan peranti yang dilengkapi teknologi mereka.


Komen ()