Cari @ Amanz

Penawaran pilih dan padan atau “Mix & Match” adalah antara salah satu cara terbaik untuk memenuhi cita rasa pengguna. Ini kerana setiap individu mempunyai cita rasa tersendiri dan bajet yang berbeza untuk apa yang ingin dibelanjakan. 

Celcom Xpax Mix & Match memberi peluang untuk mengubah suai pelan telko mengikut kemahuan dan keperluan sendiri dan dalam masa yang sama sesuai dengan bajet setiap individu. Ini adalah langkah yang baik kerana hanya pengguna sendiri tahu keperluan masing-masing. Ia memberi fleksibiliti untuk mengubah pelan jika situasi pengguna sendiri berubah, dan mungkin pengguna perlu lebihkan atau kurangkan sesuatu perkara dalam pelan mereka sendiri.

Hanya Bayar Apa Yang Anda Perlu Sahaja

Adakah anda terasa tidak terbeban dengan komitmen bulanan telko anda sekarang? Adakah pelan yang anda langgan ini memenuhi keperluan anda dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan? Dan, adakah anda menggunakan sepenuhnya semua penawaran yang ditawarkan bersama pelan telekomunikasi tersebut? Jika 2 daripada jawapannya adalah tidak, mungkin sudah sampai masanya untuk tukarkan pelan langganan anda kepada pelan prabayar Celcom Xpax Mix & Match.

Pelan ini memberi anda fleksibiliti untuk mengubah suai pelan prabayar tanpa had mengikut apa yang anda inginkan. Penawaran ini memberi peluang kepada anda untuk berjimat dan kurangkan pembelanjaan pada apa yang anda tidak perlu. Apa gunanya jika anda melanggan pelan dengan pelbagai jenis tawaran tetapi tidak mengoptimasikan keseluruhannya, bukan? Oleh sebab itu, pelan ini bagus untuk memenuhi keperluan harian.

Sebagai contoh, jika anda sering menggunakan sambungan internet jalur lebar di rumah, anda mungkin cuma memerlukan pakej asas sahaja untuk kegunaaan di luar. Anda boleh mengambil pakej asas bulanan yang menawarkan internet berkelajuan tinggi dengan kuota 8GB. Harga langganan bulanannya pula adalah bermula RM20. Jika anda inginkan servis tambahan, anda boleh memilih dan padankan dengan add-ons lain pada harga tambahan bermula RM3 sahaja. Bukankah ia lebih menjimatkan? Anda hanya perlu bayar sejumlah amaun sahaja untuk kegunaan internet di luar rumah apabila diperlukan. 

Cara langganan pelan prabayar Celcom Xpax baharu ini juga mudah kerana kini anda tidak lagi perlu pergi ke kedai fizikal. Bagi anda yang baru hendak bertukar menjadi pelanggan Celcom, anda perlu membeli pelan prabayar terlebih dahulu. Kemudian, anda hanya perlu muat turun aplikasi Celcom Life untuk membuat langganan. Pilih sahaja tempoh sah pelan yang anda inginkan, dimana anda boleh memilih tempoh 5 hari atau sehingga 30 hari. Padankannya pula dengan kuota internet pantas atau internet tanpa had yang diinginkan. Kemudian, anda boleh memilih aplikasi atau add-on yang anda sering gunakan seperti panggilan tanpa had, hotspot, media sosial, permua dan sebagainya.  

Kesemua add-on ini boleh dilanggan dengan harga tambahan bermula RM3 sahaja. Lebih banyak aplikasi yang dipilih, lebih banyak diskaun diberikan kepada anda. Setelah suai padankan pelan prabayar ini mengikut keperluan dan memenuhi kehendak anda, anda boleh lengkapkan proses langganan ini dengan membuat pembayaran untuknya.

Kesimpulan

Seperti yang kita lihat, syarikat-syarikat telekomunikasi sering berusaha untuk menambah baik perkhidmatan mereka dan salah satunya adalah Celcom Xpax Mix & Match. Dengan kemudahan untuk mengubah suai ini, ia membuatkan pembelian atau langganan kita lebih berbaloi kerana hanya perlu membayar apa yang kita perlu sahaja. Kebolehan ini juga mendorong kita untuk berjimat lebih.

Malah, Celcom juga telah dinobatkan sebagai syarikat telekomunikasi yang menawarkan rangkaian terbaik di Malaysia untuk suku terakhir 2021 lalu oleh Ookla, dan IPSOS pula menganugerahkan Celcom sebagai Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi Paling Dipercayai pada 2021 bagi tahun tersebut. Jadi, jika anda berminat dengan pelan baharu Celcom Xpax Mix & Match, anda boleh membuat langganan sekarang melalui aplikasi Celcom Life.

Penafian : Advertorial Daripada Celcom Xpax

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd