Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A23 telah dilancarkan di Malaysia pada Mac lalu dengan harga RM999 sebuah. Terkini, ia telah dikemaskini dengan variasi 5G, namun masih berkongsi sejumlah reka bentuk dan perkakasan dalaman yang sama.

Perubahan ketara yang dilakukan hanya pada cip pemprosesan sahaja, di mana ia dikatakan hadir dengan cip Snapdragon 695. Untuk lebih khusus, Samsung Galaxy A23 5G dilengkapi skrin 6.6-inci LCD beresolusi FHD+. Peranti juga hadir dengan memori sehingga 8GB RAM, storan dalaman mencapai 128GB dan bateri 5,000mAh.

Kamera utama terdiri dengan 50MP OIS (utama) + 5MP (sudut-lebar) + 2MP (kedalaman) dan kamera swafoto pula 8MP. Tidak ketinggalan, pelancar OneUI 4.1 berasaskan Android 12 turut digunakan. Buat masa ini, ia sekadar disenaraikan dan tiada sebarang maklumat berkaitan harga yang ditemui.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd