XOX kini hadir dengan pelan prabayar baharu dinamakan Pelan Prabayar WAWA. Sebanyak dua pelan ditawarkan dibawah WAWA ini, iaitu WAWA18 dan juga WAWA35. Kedua-dua pelan ini dihadkan kepada kelajuan 3Mbps.

Dibawah pelan WAWA18, ia hadir dengan data 10GB serta tambahan 8GB untuk pelanggan baharu, disamping dilengkapi dengan panggilan selama 100 minit.
Sementara pelan WAWA35 pula hadir dengan data 30GB dan tambahan 5GB untuk pelanggan baharu, disamping dilengkapi minit panggilan selama 300 minit.
Promosi data tambahan untuk pelanggan baharu yang beralih ke pelan ini ditawarkan sehingga 31 Oktober 2022 kelak.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran prabayar WAWA ini di laman rasmi XOX hari ini.