Lanjutan daripada kehadiran bahan promosi melibatkan Apple Pay di Maxis Centre, kini laman rasmi Maxis turut dikemaskini, dan memperlihatkan Apple Pay sebagai sebuah mod bayaran.
Melalui paparan pada halaman pembayaran, Maxis memperlihatkan Apple Pay sebagai salah satu mod pembayaran dibawah kategori dompet digital.

Apple Pay merupakan medium pembayaran oleh Apple yang membolehkan pengguna pautkan kad ke akaun, dan seterusnya menggunakan iPhone atau Apple Watch dalam melakukan pembayaran.
Dengan perkembangan terbaru ini, ia sekaligus lebih memberikan petanda yang mana pelancaran rasmi Apple Pay di Malaysia semakin dekat.