Twitter Menampal Kerentanan Menyebabkan Data 5.4 Juta Akaun Pengguna Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter mengesahkan wujud kerentanan pada sistem mereka yang menyebabkan data 5.4 juta pengguna tertiris sehingga ia dijual di pasaran gelap. Kerentanan ini dijumpai pada Januari 2022 tetapi telah ditampal pada Jun 2022.

Twitter

Dengan data tertiris disahkan benar oleh Twitter, mereka kini akan menghubungi setiap pengguna yang terkesan. Antara maklumat yang tertiris ialah emel dan nombor telefon pengguna tetapi Twitter berkata kata laluan masih lagi selamat. Pengguna platform dinasihatkan untuk mengaktifkan pengesahan dwi faktor (2FA) untuk memastikan akaun lebih selamat.

komen


© Amanz / 2022 Kami