Geometry ialah sebuah lagi syarikat kenderaan di bawah payung gergasi Geely yang turut mengandungi Volvo, Proton, Polestar dan Lotus. Syarikat kenderaan elektrik ini baru sahaja mengumumkan mereka akan menggunakan sistem operasi HarmonyOS pada sistem infohibur mereka.

Masih tiada maklumat mengenai model kenderaan yang menyokong HarmonOS pada waktu ini. Hanya paparan skrin besar dalam kenderaan dan imej robot sahaja dikongsi oleh Geometry setakat ini. Dengan kenderaan menggunakan HarmonyOS, pemilik peranti Huawei akan mempunyai integrasi yang lebih menyeluruh.
Selepas dimasukkan ke dalam senarai entiti oleh Amerika Syarikat, Huawei menggandakan usaha mereka untuk menghasilkan sistem operasi untuk kenderaan elektrik dengan beberapa kenderaan sudahpun dipasarkan hanya di Chima.
[Sumber] Summber – CNEVpost [/sumber]