Carian
Perkhidmatan Perbankan Web Maybank2U Menghadapi Masalah Diakses
August 6, 2022 Effi Saharudin

Maybank kini mengumumkan perkhidmatan perbankan web mereka, Maybank2U menghadapi masalah gangguan sementara. Ketika artikel ini ditulis, gangguan sudah berlarutan lebih tiga jam menyebabkan urusan perbankan menggunakan laman web tidak boleh dijalankan.

Sebagai alternatif, pihak Maybank meminta pengguna untuk menggunakan aplikasi MAE dan juga aplikasi M2U MY. Maybank mengatakan mereka kini dalam proses mengembalikan semula perkhidmatan secepat mungkin dan memohon maaf kepada pelanggan atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Komen