Hyundai Kini Turut Menyertai Arena Penerbangan – Bekerjasama Dengan Rolls-Royce

Diterbitkan pada Ogos 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hyundai, salah satu pengeluar kenderaan terkemuka dari Korea Selatan, kini turut mengumumkan kerjasama dengan pihak Rolls-Royce, sekaligus turut menyertai arena penerbangan.

Dengan kerjasama ini, kedua-dua syarikat akan bekerjasama menggunakan kepakaran masing-masing dalam membangunkan penyelesaian pengangkutan udara. Kerjasama ini hadir selari perkembangan arena pengangkutan yang kini melihat ke arah kenderaan terbang.

Hyundai sedia melakukan pembangunan dalam arena kenderaan elektrik, dan teknologi bateri. Sementara Rolls-Royce pula sedia mempunyai kepakaran dalam membangunkan enjin kapal terbang, menjadikan mereka pengeluar kedua terbesar dunia.

Pengangkutan udara hasil kerjasama ini dijangka hadir seawal 2025 kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami