Cari @ Amanz

Alibaba, salah satu syarikat dari China yang popular dalam arena edagang, dan juga pemilik Lazada, kini mengumumkan bakal membangunkan bangunan paling tinggi di Singapura.

Bangunan ini dijangka akan setinggi 305 meter, dan bakal siap dibina sekitar 2028 kelak. Ia akan mempunyai sebanyak 63 tingkat keseluruhannya.

Bangunan ini kelak dijangka akan dilengkapi dengan komponen untuk perumahan, hotel, pejabat, restoran dan juga peruncitan.

Untuk projek ini, Alibaba bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan di Singapura, iaitu Perennial Holdings.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd