Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini memberikan peringatan kepada orang ramai, agar berhati-hati dan berwaspada dengan SMS daripada ID “GOV” menggunakan nama MySejahtera, mengatakan bantuan khas kewangan telah dikreditkan ke akaun Touch n Go eWallet.
SKMM mengatakan ID penghantar “GOV” telah disalahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab, dengan memanipulasikan ID untuk tujuan penipuan.

Kebiasaannya, ID penghantar “GOV” dikhususkan untuk membuat pesanan khidmat awam berkaitan inisiatif kerajaan – dan dengan memanipulasikan penggunaan ID tersebut, ia membuatkan orang ramai mudah tertipu dengannya.
Perkongsian SKMM ini hadir selepas peringatan sama dikeluarkan pihak Polis dan juga MySejahtera sebelum ini. Pihak SKMM turut mengatakan telah menyekat ke atas akses pautan palsu yang disebarkan melalui SMS tersebut.