Cari @ Amanz

Tesla sebelum ini sedia berkongsi idea mereka dalam pembangunan robot berbentuk manusia, dinamakan Optimus. Selepas mengacah sebelum ini, kini Elon Musk sekali lagi mengatakan mereka sedang berusaha keras dalam menyiapkan prototaip robot mereka seawal September 2022 ini.

Tesla dijangka mempertontonkan robot berkenaan pada September kelak, selari acara tahunan mereka, AI Day.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah yang bakal ditawarkan melalui robot prototaip pertama Tesla ini. Sebelum ini, ia pernah dikongsikan robot ini akan membantu manusia dalam melakukan tugasan berulang, sekaligus memudahkan manusia untuk memfokuskan kepada perkara-perkara yang lebih penting.

Ia juga pernah dispekulasikan yang mana perniagaan robot dibawah Tesla kelak mungkin mengatasi kereta elektrik mereka, sekiranya penawaran robot ini menarik dan menarik minat industri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd